Wednesday 27 July 2016

MINDA POSITIF PENENTU KEJAYAAN

FIKIRAN NEGATIF BOLEH MENGAGALKAN MATLAMAT

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Yang membaca blog ini pun pastinya pernah merasai kegagalan. Bila gagal, berbagai-bagai nasihat yang kita dengar dari orang keliling, ada yang positif, ada juga yang negatif. Yang positif tu, bagus lah, kerana lagi menguatkan semangat kita.
Tapi ada juga yang negatif “Haaaa… kan aku dah kata, sure gagal punya. Nampak sekarang apa dah jadi” Gitu la lebih kurang suara-suara negatif yang tak membantu langsung.
Tetapi, lebih berat diri kita sendiri yang menanggung kegagalan adakalanya sehingga tak terkata terduduk diam membisu. Sememangnya semangat telah hilang dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan kerana kita telah melakukan sebaiknya tetapi tetap gagal juga.
Perkongsian saya kali ini, saya ingin kongsikan 3 langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya gagal. Kerana, diri saya sendiri juga pernah gagal… berkali-kali juga.

1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit

Apabila kita berusaha, dan gagal juga, mungkin yang gagalnya adalah matlamat yang besar, ataupun keputusan yang akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian-pencapaian yang kecil dalam usaha yang telah dilakukan. Tentunya terdapat capaian yang kecil.
Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM5,000. Tetapi, berjaya hanya dapat RM500 sahaja. Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi oleh kerana rasa bersyukur itu adalah nikmat yang akan menjadikan kita lebih berusaha dengan baik dan bukan berputus asa.

2. Tetap berfikir positif tetapi lebih realistik

Bila gagal, berbagai-bagai perasaan negatif akan datang. Dikala inilah agak sukar untuk bangun semula. Penuhi minda dengan fikiran-fikiran yang positif sentiasa. Ia amat sukar, oleh kerana berfikir negatif adalah jauh lebih mudah.
Namun, perlu berusaha dan cuba juga. Berfikir positif adalah satu tabiat yang boleh diamalkan. Pernah tak anda kenali orang berfikir positif selalu? Dan juga pastinya anda pernah terjumpa orang yang berfikir negatif bukan?
Ini kerana, mereka yang berfikir positif sudah mempunyai tabiat berfikir positif selalu. Bagi mereka ianya tidak sukar oleh kerana telah sering berfikir positif. Ianya umpama bersenam. Lebih banyak kita lakukan, lebih sihat tubuh badan kita. Sama juga seperti berfikir positif, lebih banyak kita berfikir positif, lebih mudah untuk kita mengamalkan tabiat positif.
Berfikir positif juga pastikan ianya realistik. Adakah realistik untuk menjadi jutawan dalam masa setahun dua? Pastinya tidak dan amat-amat sukar. Tetapi menjadi jutawan dalam masa 6-8 tahun adalah lebih realistik dan ramai yang berjaya melakukannya.

3. Belajar sentiasa

Selalu fikirkan bahawa apa yang penting adalah proses dan usaha dalam mencapai kejayaan, tidak semestinya keputusan akhir atau matlamat. Ini kerana, kita akan belajar lebih banyak melalui usaha dan proses tersebut walaupun gagal.
Sering saya dengar kisah seorang jutawan yang gagal dalam sesuatu perniagaan. Tetapi, selepas gagal, beliau mulakan perniagaan lain dan terus berjaya pula. Apa yang terjadi di sini adalah dua perkara- gagal boleh terjadi pada sesiapa sahaja, walaupun sudah mempunyai pengalaman.
Tetapi, yang lebih penting adalah, walaupun gagal, beliau tidak putus asa dan menggunakan ilmu dan pengalaman yang dilalui sama ada yang berjaya dan gagal untuk mencapai matlamat yang seterusnya.
Tidak kira di mana kedudukan kita kini, kegagalan adalah pasti. Apa yang penting adalah bagaimana kita menanganinya dan bangun semula untuk berjaya.

KENAPA TAKUT DENGAN NETWORK ?

Setiap kali ada taklimat di Bangi saya minta kerani sms berdasarkan kepada mereka yang telah hadir sebelum ini dan sms telah dihantar secara pukal. Tujuannya untuk beritahu jika mereka hendak hadir kali kedua kerana kehadiran kali pertama berminat tetapi tidak bawa duit. Tanpa di sangka saya terima panggilan daripada seseorang yang bertanya program network yang dulu ke...saya jawab ya. Lantas dia menjawab tidak berminat. dan saya jawab ok. Persoalannya kenapa takut dengan network ? adakah network itu MLM ? Ramai yang keliru dan pada saya antara membina network dengan MLM ada perbezaan yang ketara. Dalam program usahawan PJU ini peserta membina network kerana untuk masa depan dimana jikalau ahli kita mencecah 10,000 orang kita boleh membuat pasaran produk tanpa bergantung kepada orang luar. Setiap ahli boleh pasarkan produk melalui program PJU dan saya beranggapan tiada masalah untuk produk muslim. Selain itu peserta juga akan dapat pendapatan bulanan hasil daripada rangkaian network tersebut. Dalam program network ini kita saling berkerjasama dan berganding bahu bagi mewujudkan satu pasaran perniagaan dan hubungan antara kita adalah seperti kekeluargaan. Namun dalam MLM kita membina network adalah kerana wang dan ianya mempunyai susunan pangkat, kena membuat pembelian bulanan serta mesti hadir kursus berkali2. Maintan bulanan mestilah diantara RM250-RM400 sebulan dan ia mengikut pelan pemasaran syarikat tersebut. Apa yang penting ialah jangan negatif dan program PJU ini adalah inisiatif untuk membantu mereka yang tidak boleh pinjam bank, buat loan kerajaan, bankrap, blaklist dan ingin selesaikan hutang dengan cepat. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada program ini. Sekian terima kasih.

Tuesday 26 July 2016

IRON LADY MALAYSIA- APA PESANAN UNTUK USAHAWAN?

Betullah kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia’,  hari demi hari ada sahaja kejayaan besar diraih oleh wanita yang mendapat jolokan sebagai Iron Lady Malaysia ini.

“Saya asalnya orang kampung, orang susah,  apa yang saya ada hari ini adalah berkat kekuatan diri, usaha gigih dan rezeki daripada ALLAH S.W.T," katanya memulakan bicara.

Datuk Dr Maznah Hamid, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan, seperti yang semua tahu beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan yang dikenali Securiforce.

Pada awalnya wanita cekal 57 tahun ini nampak sukar didekati dek kerana tugasnya yang digeruni oleh kaum lelaki, namun sangkaan itu meleset setelah sejam berbual dengannya, ternyata beliau seorang yang merendah diri.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ini kini boleh berbangga kerana syarikatnya itu telah mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.

Katanya, kalau seseorang itu ingin berjaya, bukan dengan bermodal besar tetapi yang paling utama adalah keberanian dan keyakinan diri, jika tidak impian hanya tinggal impian.

“Pada awal pembabitan saya dalam dunia perniagaan keselamatan ini, saya hanya bermodalkan RM5,000 dan lima orang pengawal. Itu adalah duit simpanan saya ketika menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing ,” katanya.

Securiforce kini bukan hanya sebuah syarikat keselamatan biasa tetapi, syarikat itu telah berkembang seiring teknologi semasa dengan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa berkonsepkan, ‘Total Security Solution’.

Securiforce Logistik merupakan ejen penghantaran darat, laut dan udara yang mana memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Apa yang menariknya mengenai cerita kejayaan Maznah adalah kesemua anak syarikat yang ditubuhkan dan berkembang maju tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana bank.

“Kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan,” katanya.

Prinsip itu yang telah membawa kejayaan besar dalam bidang kerja dan perniagaannya, membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Mengimbau kenangan 30 tahun lalu, beliau memberitahu pada awal penghijrahannya di Kuala Lumpur beliau melalui pelbagai keperitan hidup sehinggakan pernah mendiami rumah setinggan yang tiada bekalan air dan elektrik.

Ceburi bidang hartanah

Tidak mudah berpuas hati dengan apa yang beliau ada, Maznah menceburi bidang hartanah melalui syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd.

Bermula tahun 1997 Danau Lumayan menerokai kawasan sekitar Bandar Tun Razak dengan membina 3,000 unit kediaman kondominium dan lot kedai.

Katanya, anak muridnya antara pendorong utama untuk beliau menceburi bidang hartanah, selama lima tahun beliau belajar mengenai perusahaan hartanah.

“Pembangunan di kawasan ini mengekalkan keindahan alam semula jadi di kawasan Taman Tasik Permaisuri. Penduduk kawasan ini masih dapat menikmati kehidupan moden di kawasan yang masih hijau dan berhampiran pusat bandar, Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut beliau, modal utama dalam mana-mana perniagaan sebenar adalah diri sendiri, dan sedikit ‘nasib baik’.

“Kita boleh menjual apa sahaja kepada sesiapa sahaja, walau dengan berapa harga sekalipun, sekiranya kita boleh ‘menjual diri kita’. Diri kita mestilah terjual sebelum produk atau servis,” katanya.

Doa termakbul

Asalnya beliau hanya gadis biasa kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, dan dibesarkan oleh datuk dan nenek yang terlalu konservatif dan kuat agama.“Pesan nenek, kalu tidak lulus periksa (ketika itu LCE) , kahwin, kalau lulus MCE atau universiti, jadi pensyarah agama.“Hasil didikan agama yang dibekalkan datuk dan nenek saya itu juga membuatkan saya ingat siapa diri saya walau di mana saya berada,” katanya. Menurut Maznah, beliau tidak begitu meyakini kelulusan tertinggi yang diperoleh di universiti boleh dijadikan modal utama atau jaminan untuk menjadi insan yang berjaya, kaya dan bahagia. “Saya sering berangan dan berdoa ingin jadi orang senang kerana dahulu saya hidup susah. Ketika duduk di setinggan, saya sering mengimpikan rumah-rumah besar di lereng bukit berhadapan kediaman saya. “Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa saya dengan meletakkan saya di kalangan mereka. Benarlah kata orang, kalau nak jadi alim berkawanlah dengan orang alim, kalau nak berjaya maka sentiasalah bersama orang berjaya. Bila berada dalam golongan tersebut kita mendapat motivasi, aura untuk menjadi seperti mereka,” katanya.


Guru keusahawanan

Walaupun sudah berada di puncak, Maznah tidak pernah lupa akan asal-usulnya, apatah lagi lokek dengan ilmu serta pengalaman yang beliau ada. Oleh kerana itu, beliau menubuhkan Maznah Motivational Centre bagi membantu para usahawan baru serta mereka yang pernah gagal dalam kehidupan mendapat motivasi diri.“Saya ingin memberi inspirasi kepada semua, tidak kira kita anak petani, nelayan, penoreh getah atau anak felda. Apa yang penting akhirnya apa yang boleh kita jadikan diri kita.

“Apa yang saya ada hari ini, saya perlu kongsi kepada masyarakat di luar. Saya gembira untuk membantu mereka yang bercita-cita mengubah nasib. Ini juga tanggungjawab saya kepada masyarakat khususnya kepada anak bangsa saya sendiri bagi memberi peluang masa depan yang lebih cerah,” katanya.Selain itu, dengan berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam bidang perniagaan, Maznah telah membuka Klinik Keusahawanan di seluruh negara bagi membantu mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Pemilik Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York ini telah menerbitkan beberapa buah buku motivasi.Antara buku dapat sambutan hangat bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan dan buku mini siri Rahsia 3K- Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan.Wanita gigih ini pernah menjadi duta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), mempromosikan ‘Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan’, di mana beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semua graduan.

Beliau juga memberi gambaran sebenarnya dunia keusahawanan dan juga latihan amali sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semangat keusahawanan harus ditanam dalam diri semua insan yang ingin hidup ‘senang’.
Berkongsi ilmu di Facebook

Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perniagaan dan kini menjadi pakar motivasi, Maznah tetap memilih buku sebagai teman senggang.Ilmu yang diperoleh dikongsi dalam seminar yang dihadiri. Beliau juga memilih laman sosial Facebook sebagai medan berkongsi ilmu.“Bagi saya kandungan kata-kata semangat dan kisah kejayaan yang saya paparkan dalam Facebook umpama multivitamin setiap hari untuk minda dan jiwa. Saya akan menjawab apa saja masalah berkaitan perniagaan atau kehidupan.

“Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, kita perlu sanggup berfikir, bertindak, bekerja dan bersusah-payah secara luar biasa juga, bukan sebagai insan biasa,” katanya. Ibu kepada lima anak ini beritahu, bahawa setiap wanita perlu berfikiran luas dan terbuka, banyak membaca dan belajar apa jua walaupun hanya sebagai suri rumah tangga, kerana mereka juga pemimpin dalam rumah tangga. Menurut beliau, bukan senang untuk menjadi seorang wanita dalam dunia yang serba moden.“Jika kita mahu dihormati dan disenangi, wanita perlu bijak letak diri mereka di kedudukan betul,” katanya. Walaupun sibuk dalam pelbagai bidang, Maznah yang juga Exco Wanita Umno dan Ketua Wanita Umno Kedah tidak pernah lupa mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bimbingan. Beliau juga aktif dalam program kemasyarakatan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Sebagai seorang usahawan yang telah berkecimpung di bidang ekonomi dan keusahawanan lebih dari 30 tahun. Sudah pasti saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini dengan seluruh masyarakat dengan lebih berkesan agar bangsa kita tidak miskin dan dijajah di bumi sendiri," katanya ketika ditanya mengenai visi dan misi sebagai menutup perbualan santai kami.

1 KELUARGA 1 USAHAWAN

 Timbalan Perdana Menteri menyasarkan seorang usahawan dapat dilahirkan dari setiap keluarga Bumiputera dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Berikutan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu semua pihak, termasuk agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sasaran berkenaan dapat direalisasikan. Beliau berkata, perkara itu penting bagi memperkukuhkan lagi kedudukan ekonomi Bumiputera.- Majlis Penutupan Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. 

PJU cuba melaksanakan hasrat kerajaan ini melalui program yang diadakan sekarang. Matlamat ialah 1 keluarga 1 usahawan.

16 NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

“1.Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”
12.Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…
16.Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai” -Nasihat beliau amat mendalam…

RAHSIA UNTUK DAPAT RM9K SEBULAN

Rahsia untuk dapat RM9K sebulan TERBONGKAR apabila mereka yang menyertai program usahawan ini dapat perkenalkan 2 rakan baru dalam dalam masa 1 minggu sahaja. Lagi cepat lagi bagus kerana ia akan memberi pendapatan mingguan kepada peserta. Bagaimana caranya? prospek boleh dibawa ke pusat taklimat supaya ia lebih memahami bagaimana program ini dilaksanakan. Konsepnya mudah iaitu berasakan network tetapi bukan MLM atau skim cepat kaya. Program ini lebih kepada membentuk jaringan perniagaan dikalangan orang melayu supaya bila ahli ramai ia akan memudahkan usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran yang sedia ada. Gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana melalui program ini semua orang ada potensi untuk mengubah kehidupan dan meraih kejayaan. Jom kita sama-sama menjadi usahawan yang berjaya.

Monday 25 July 2016

TAHNIAH ORANG SHAH ALAM....

Pada hari ahad minggu lepas telah diadakan taklimat usahawan di seksyen 15 Shah Alam dan kehadiran dalam sekitar 15 orang. Terdapat juga 3 orang daripada Gua Musang, Kelantan. Namun begitu apa yang membanggakan ialah beberapa orang yang join program ini adalah leader atau otai MLM. Mereka ini secara berbisik beritahu saya program ini adalah senang dan mudah dapat duit. Apa yang saya nak perkatakan ialah dua bermikiran antara orang bisnes dengan orang bukan jiwa bisnes. Orang bisnes setelah memahami program ini dan habis sahaja taklimat terus minta borang untuk menyertai program ini. Tetapi bagi orang bukan mempunyai jiwa bisnes akan bertanya bermacam2 soalan antaranya berapa lama boleh dapat food truck?, boleh dapat income hari2 ke ? dan yang paling tak syok dengar ialah bagaimana kalau kita sponsor orang bawah kemudian dia mati apakah kita masih dapat insentif?. Ingin saya nyatakan bahawa program ini bukan MLM atau skim cepat kaya tetapi ia lebih kearah membina jaringan atau ukhwah sesama orang islam. Dalam erti kata lain SIAPA BUAT DIA DAPAT. IsyaAllah pada 31hb Julai 2016 pukul 2.30 petang pada tempat yang sama satu taklimat usahawan akan diadakan. Harap dapat war-warkan kepada kawan2. Dengar dulu baru buat keputusan. TK

Sunday 17 July 2016

CTO UNTUK USAHAWAN PJU

CTO bermaksud berapa peratus daripada keuntungan syarikat dan diagihkan kepada pengedar yang layak. Inipun setelah ditolak semua kos pengurusan dalam syarikat tersebut. Dalam program usahawan PJU, CTO dikira berdasarkan kepada perjualan barangan dan kemasukkan rakan bisnes baru. Contohnya kemasukan rakan bisnes baru akan dapat 4 botol bestariplus yang dikira 1 pakej. Syarikat akan berikan RM1 kepada CTO untuk pengedar. Begitu juga setiap unit produk usahawan terjual maka RM1 akan disumbangkan kepada CTO usahawan. kalau dalam sebulan ada 10,000 wang dalam CTO maka ia akan dibahagikan kepada usahawan yang layak. Mereka yang telah berjaya memperkenalkan 6 rakan bisnes baru akan dilayak menerima wang CTO yang bermula pada bulan OGOS 2016 nanti.Oleh itu bermula sekarang usahawan yang ingin mendapatkan CTO ini mestilah ada 6 rakan usahawan di bawahnya dan layak juga utk food truck.

KEAJAIBAN GANDAAN 2 DALAM PROGRAM USAHAWAN PJU

Mungkin ramai tertunggu rahsia bagaimana untuk dapat RM300 sehari dalam masa sebulan. Ini bermakna dalam bulan kedua selepas daftar jadi ahli usahawan PJU boleh dapat RM300 sehari ataupun RM9000 sebulan. Mana ada satu pekerjaan yang naik gaji macam ni....hanya di program PJU anda akan dapat. Rahsianya ialah melalui gandaan 2 iaitu masing-masing yang menjadi ahli berusaha untuk dapatkan dua rakan baru dalam tempoh seminggu untuk menyertai program usahawan PJU ini. Tetapi jangan lupa....perserta yang memperkenalkan dua orang ini juga layak untuk mendapatkan bantuan kiosk atau duit RM10,000. Masing-masing yang join program usahawan ini mesti ada tanggungjawab untuk mendapatkan dua orang ahli baru. Inilah cabaran terbesar usahawan dalam mencapai matlamat yang besar dalam PJU. Diharapkan usahawan PJU dalam bekerja lebih kuat kerana pecayalah hari ini bersusah payah dan hari esok adalah kesenangan buat kita.

Friday 15 July 2016

TAHNIAH ....DAPAT HADIR KURSUS

Setakat hari ini lebih hanya 30 orang yag dapat hadir kursus kepimpinan usahawan PJU 1.Tahniah saya ucapkan. Segala persediaan telahpun dilakukan termasuk mencetak modul. Peserta boleh juga gunakan modul ini sebagai penajaan. Saya kurang puas hati kerana gambarnya adalah hitam putih maka modul ini kurang menarik tetapi isinya dapat membantu peserta dalam memperkembangkan rangkaian perniagaan. Anggaplah kursus ini adalah kursus bajet tetapi apa yang lebih penting ialah pengisian. Bagi pendaftaran peserta akan datang kita kena fikir sesuatu supaya peserta dapat bayar awal kerana ia akan memudahkan saya membuat persediaan awal terutama dalam aspek minuman ringan. Apapun saya ucapkan tahniah dan IsyaAllah saya akan memberikan yang terbaik untuk peserta. Ayuh ...kita ledakkan program PJU ini ke serata negara. Kita bangkitkan semula ekonomi orang Islam yang lama tertidur......  Jumpa anda di sana.

Tuesday 12 July 2016

KURSUS KEPIMPINAN USAHAWAN PJU1

Ada usahawan tanya saya ...Dr apakah pengisian kursus nanti? Oklah..saya ceritakan serba ringkas tentang pengisian dalam kursus nanti. Kursus ini dianjurkan oleh PPUG iaitu ia ditubuhkan untuk memberi ilmu dan membimbing usahawan kearah usahawan cemerlang. Tidak semua mereka yang menyertai usahawan PJU ini mempunyai impian yang sama dan kadang2 ada yang tidak nampak jelas apa yang PJU perjuangkan. Oleh itu apabila menyertai kursus ini mereka akan lebih nampak dan inlah wadah perjuangan usahaawan melayu. PPUG akan menganjurkan beberapa siri kursus lain tetapi prinsip PPUG kadar bayaran adalah murah dan paling lama kursus 3 jam. Saya menyendari kekangan masa oleh itu kursus ini dibuat singkat. Pengisian kursus ini bagi 45 minit pertama ialah akan diceritakan tentang perjuangan PJU utk memantabatkan usahawan melayu dalam perniagaan, manfaat menjadi ahli PJU, konsep pembayaran insentif dan pengiraan serta bagaimana untuk mencapai RM9000 sebulan di bahagian A. Selepas rehat dan minum ringan 15 minit. Bahagian 2 adalah motivasi usahawan iaitu mengapa kena buat program PJU dan kaedah untuk mencapai sasaran 1 juta usahawan PJU dalam masa 1 tahun. Selain itu, PJU juga mensasarkan 1 keluarga 1 usahawan dan bagaimana ia boleh dipraktikkan. Selain itu peserta akan dapat manual usahawan , kad kuasa dan Sijil. Percayalah..tidak rugi menyertai kursus ini. selepas menyertai kursus ini peserta boleh buat pendaftaran sendiri.


Monday 11 July 2016

PEMBELIAN DI MEGAUSAHAWAN ADALAH SATU KEPERLUAN

Usahawan-usahawan PJU yang telah mendapat insentif , tahniah diucapkan dan secara automatik anda telah memasuki fasa 2 program usahawan. Fasa 2 ini akan memberi insentif secara bulanan dan usahawan akan menerima insentif pada 15hb setiap bulan berpandukan kepada system. Pendapatan di sini sangat besar kerana mereka yang mendapat pendapatan di sini adalah sentiasa meningkat setiap bulan. Lagipun pembelian di fasa 2 ini ialah beras, minyak masak, gula, tepung gandum dan ducampur produk usahawan yang berjumlah RM100. Apa yang beza ialah membuat pembelian di sini adalah usahawan akan mendapat insentif manakala pembelian di lain-lain tempat usahawan hanya dapat apa yang mereka beli. Oleh itu apa salahnya kita berkorban untuk kesenangan hari esok.

MANFAAT APABILA MEMILIKI KAD USAHAWAN PJU

PJU akan mengeluarkan kad member yang berbentuk seperti kad master kad kepada semua peserta yang telah menyertai program usahawan PJU. Namun bagi melengkapkan semua maklumat peserta yang telah membuat pembelian RM100 (secara automatik) hanya akan menerima kad tersebut. Jika peserta yang belum dapat ditolak RM100 di fasa A tetapi ingin juga kad tersebut boleh membuat pembelian secara sukarela RM100 dan akan dapat kad tersebut. Apa kah keistimewaan apabila memiliki kad usahawan PJU ini ?

1. Pemilik kad ini mempunyai P.A Insuran yang bernilai RM10,000 dan khairat kematian RM1,000.
2. Potongan harga untuk semua kedai-kedai di bawah rangkaian PJU diantara 10-20%.
3. Apabila ingin menyertai kursus anjuran PPUG ada diskaun 15%.
4. Buat road tax kereta ada diskaun
5. Nak pergi melancong boleh buat tempahan hotel dengan diskaun 10-40%

banyak lagi keistimewaan kepada pemilik yang memiliki kad PJU ini. Ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

KENA TIMBA ILMU UNTUK BERJAYA

Usahawan PJU tak boleh kedekut duit untuk berjaya. Mana-mana untuk dapatkan ilmu mesti kena bayar kerana kalau ilmu itu dapat percuma orang tidak hargailah pulak. Tengok nak masuk kursus Dr Azizah Osman di mana tahap paling tinggi ialah hampir RM30K. Orang sanggup bayar kerana mereka yang menyertainya kursus yang bernilai RM30K pasti akan buat bersungguh-sungguh. Tidak ramai mampu kerana bayaran tinggi tetapi kursus di PPUG ini bayaranya RM30 sahaja. Mahal ke? termasuk minum, manual fail dan kad PJU. Lepas kursus peserta boleh key in sendiri borang dan akan didedahkan juga teknik penajaan. PJU bukan syarikat MLM tetapi untuk membina satu rangkaian network bagi tujuan memasarkan produk usahawan muslim dan memupuk semangat usahawan.Saya percaya mereka yang mengikuti kursus usahawan di PPUG ini akan lebih berdaya saing, berwawasan dan tahu erti kehidupan. Oleh itu ajaklah seramai mungkin prospek anda untuk menyertai kursus di PPUG ini kerana apabila semua anak buah memahami konsep bisnes ini maka secara tidak langsung network anda akan berkembang. Semua ini akan memberi kesan terhadap pencapaian income dalam PJU.

JOM.......PERGI KURSUS KEPIMPINAN USAHAWAN PJU 1 ANJURAN PPUG

PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN GLOBAL
"Merintis & Membina Usahawan Sejati"

PPUG diwujudkan dengan tujuan untuk memberi ilmu kepada peserta usahawan supaya mereka dapat berada pada landasan yang betul. Kursus ini di rangka khas untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang konsep PJU serta suntikan semangat untuk mereka berjuang bersungguh-sungguh kearah mencapai kejayaan. Mereka yang hadir dan tamat mengikuti kursus akan tahu secara mendalam tentang dirinya menyertai usahawan PJU, cara mencari rakan bisnes baru dan yang penting tahu target bila akan dapat Food Truck. Bayaran adalah paling murah kerana ia meliputi manual fail tentang PJU, kad kuasa dan minuman ringan. Peserta kena buat pembayaran awal sekurang-kurang 2 hari sebelum kursus bagi memudahkan PPUG membuat pesediaan awal. Tempat kursus bergantung kepada pemintaan jika ramai dekat Nilai maka boleh buat di Nilai dan jika campur-campur kawasan kita akan buat di Dewan Komuniti Desa Surada, seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Maklumat kursus seperti berikut :

                               Tajuk : Kursus Kepimpinan Usahawan PJU 1
                               Tarikh : 17hb Julai 2016 (Ahad) * tarikh asal hari sabtu ditunda pada Ahad
                                Masa  : 10 pagi hingga 12.00 tengahari
                                Tempat : Dewan Komuniti Desa SURADA, Seksyen 8, Bdr Baru Bangi
                                Bayaran kursus : RM30  tarikh akhir bayaran 14/7/2016

Terbuka kepada peserta usahawan PJU yang telah mendaftar. Sebarang masalah boleh hubungi leader anda Pn Zunairah di Nilai, Puan Noraini dan Puan Sharifah Norsiha. Ataupun boleh hubungi penyelaras kursus 019 3212535 Puan Haslinda.




Saturday 9 July 2016

LEPAS RAYA KITA CARI DUIT LAGI..JOM HADIR TAKLIMAT

Pada hari rabu malam khamis (13hb Julai 2016) pada pukul 9.00 malam bertempat di Dewan Komuniti Desa Surada, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi akan diadakan Taklimat Usahawan Bumiputera 2016. Inilah peluang untuk bawa rakan-rakan dan prospek untuk mendengar sendiri peluang bisnes terhebat. Taklimat akan di sampaikan oleh pengasas program dan jika ada kemungkilan yang berkaitan boleh terus bertanya. Program Usahawan PJU bukan MLM oleh itu ia tidak perlu kepada lesen MLM. Modal sekali seumur hidup iaitu RM100 dan tidak perlu kepada maintain bulanan. RM100 yang anda bayar itu boleh dikatakan sama beli barang yang bernilai RM100 kerana perserta akan dapat barangan yang berharga lebih daripada RM100. Program ini digerakkan oleh PJU iaitu yang berbentuk NGO. Falsafah PJU ialah anda beli anda dapat barang dan pada yang sama anda dapat insentif. PJU akan menyatukan usahawan melayu daripada berbagai latarbelakang untuk satu matlamat iaitu memperkasakan usahawan melayu. Jom hadir taklimat ..kita cari duit selepas habis duit selepas berbelanja raya sakan.

USAHAWAN MELAYU ALI BABA

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini kita tidak lekang didedahkan dengan pelbagai isu penipuan atau penyelewengan orang Melayu dalam dunia perniagaan (Contohnya, Ali baba, kontraktor palsu dan sebagainya). Isu demi isu yang didedahkan ini mengheret kita kepada keadaan seumpama ‘minum air serasa duri’.
Pada 1 Jun 1996, kita sekali lagi digemparkan keresahan apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendedahkan bahawa 90 peratus peniaga Melayu di Selangor yang mendapat peluang perniagaan daripada kerajaan telah menjualnya semula untuk mendapat keuntungan (rujuk Utusan Malaysia, 1 Jun 1996). Berita ini menggerakkan saya untuk berfikir apa pula akan terjadi ‘Apabila Perniagaan Milik Melayu Terjual…’ Yang pastinya, saya terus dilanda kerisauan dan kesedihan walaupun setelah menulis artikel bertajuk ‘Pengkhianat Ekonomi Melayu – Dari Ali Baba Beralih ke Kontraktor Palsu’ dalam keluaran MASSA dua minggu lepas.
Umumnya, pengumuman Muhammad Muhd Taib tersebut mempamerkan satu lagi petanda tidak sihat yang mampu menghancurkan proses kelahiran Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di negara ini. Pembongkaran isu ini juga sekali gus memberi amaran kepada orang-orang Melayu sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan maka usaha-usaha untuk melahirkan usahawan tulen Melayu, pengukuhan penglibatan ekonomi dan pembentukan sistem jaringan usahawan Melayu akan turut musnah sama sekali.
Urutan daripada pemaparan isu yang memalukan tersebut memaksa kita mencari jawapan pada punca kejadiannya. Peratusan kegagalan yang terlalu tinggi (90 peratus) bisa merugikan bangsa ini sendiri, sukar dimaafkan dan perlu ditangani secara serius. Sebaliknya kejayaan kecil 10 peratus sahaja yang masih mampu meneruskan amanah kerajaan negeri tersebut bagi melahirkan usahawan tulen bumiputera perlu terus diberi sokongan dan bimbingan supaya dapat dijadikan role model  atau katalis pada pertumbuhan ekonomi masyarakat bumiputera.
Persoalannya apakah faktor yang mendorong peniaga tadi untuk menjual perniagaannya bagi mendapat keuntungan segera? Jawapan mudah ialah dengan meletakkan blame kepada pihak peniaga tadi. Kerana faktor modal, kekurangan kemahiran, ketiadaan daya saing serta enggan mengambil risiko merupakan faktor yang telah lama dibincangkan kewujudannya dalam masyarakat keusahawanan kita.
Namun meletakkan kesalahan kepada peniaga sahaja tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah ini daripada terus merebak. Jika ditinjau dari sudut pengurusan, punca permasalahan ini akan memaksa kita meneliti kepada dua andaian. Pertama, kemungkinan terdapat juga kelemahan dalam proses pembuatan keputusan hingga menggagalkan kemampuan mereka untuk mengenal pasti ‘usahawan tulen’ yang mampu dianugerahkan peluang perniagaan tadi. Kedua, (berkait dengan pertama) ialah kemungkinan wujudnya kesilapan penetapan kriteria semasa melakukan pemilihan usahawan. Kalau kedua-dua andaian ini dapat diterima maka pihak pembuat keputusan perlulah menilai semula proses pemilihan penganugerahan tersebut. Jika tidak, kewibawaan pembuatan keputusan akan terus dipertikaikan pada masa-masa akan datang.
Tidak dinafikan sejak peristiwa 13 Mei 1969 sehingga ke hari ini, pihak kerajaan (sama ada Pusat atau Negeri) telah memainkan peranan yang amat besar sebagai ejen penggalak pembangunan usahawan bumiputera. Malah tidaklah keterlaluan jika dikatakan dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) peranan ini dikatakan menjadi lebih besar lagi. Bahkan kelahiran KPU dilihat sebagai ejen perubahan untuk menyegerakan pertambahan kuantiti usahawan bumiputera serta strategi merapatkan jurang pencapaian ekonomi antara kaum.
Namun yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita boleh meminimumkan kesalahan atau kecacatan dalam usaha melahirkan masyarakat usahawan bumiputera yang berkualiti? Kita telah muak dengan keluhan pemerhati atau penganalisis ekonomi yang menyatakan walaupun terdapat peningkatan penglibatan bumiputera dalam dunia perniagaan tetapi kaum ini masih gagal menyaingi peningkatan yang terlalu besar di kalangan bukan bumiputera. Selain dari itu mereka juga merakam rasa kebimbangan tentang wujudnya usahawan Melayu berjaya yang dilahirkan secara ‘buatan’ atau manufacture. Usahawan-usahawan sebegini sebenarnya tidak mempunyai substance dan mudah lebur apabila berlaku kemelesetan. Sepatutnya usahawan Melayu yang berjaya diberi peluang perniagaan oleh kerajaan ini (terutamanya melalui penswastaan) perlulah mengukuhkan networking  perniagaan mereka dengan menguasai akar umbi hinggalah kepada end product perniagaan mereka. Konsep berdikari tanpa membiarkan bahagian pembekalan tanpa dikuasai oleh bangsa asing akan menjamin kesinambungan perniagaan mereka walaupun pada musim meleset.
Menyedari hakikat kelemahan ini, seeloknya kita duduk semeja, merenung kembali dasar-dasar dan polisi keusahawanan yang boleh merugikan bangsa kita sendiri. Kalau penulis Watan 7 Jun 1996 mengeluh tentang purchasing power Melayu yang semakin lemah akibat tergadainya tanah rizab Melayu, maka marilah kita renung juga senario yang hampir sama akan berlaku akibat tergadainya perniagaan Melayu tadi. Orang Melayu harus disedarkan ‘tiada jalan senang untuk menjadi senang’. Program usahawan PJU adalah untuk menangani permasalahan di atas.

SKIM CEPAT KAYA BERTOPENGKAN EMAS

Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun! Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun.Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur. Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam. Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:
Keuntungan Tak Masuk Akal
Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.
Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Phishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.
Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.
Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!
Money Game Bertopeng Emas?
Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?
Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya
Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul.Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai. Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.

FOREX HUKUMNYA HARAM

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialahmengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. 

SENARAI SKIM CEPAT KAYA YANG DIKENALPASTI OLEH BANK NEGARA DAN DIHARAMKAN

1 . Globalcash
2.  1Gold.com.my (www.1gold.com.my)
3.  Ace Global Sales & Services
4.  Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd
5. Amazing Yields Sdn Bhd
6.  APS Asia Plantation Sdn Bhd (www.asianplantations.com)
7.  AU Niaga Sdn. Bhd.
8.  AU79 International
9.  Build Rich Mining Group Bhd (www.buildrich.us)
10.  Bumi Klasik Warisan Enterprise
11.  CGF Fine Metal Sdn Bhd
12.  CTK Network (http://CTK2U.com)
13.  Dana Haji Jasman
14.  Danatama Millennium Sdn Bhd P
15.  Degold Empire S/B P
16. Dgreat Network (http://info.simplebisnes.com)
17.  DNA Profile Sdn. Bhd
18.  Dynamic Wira Marketing Sdn Bhd
19. Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd
20. East Cape Mining Corp
21. Energetic Gateway Sdn Bhd
22. Epic Palms Bhd (http://epicpalmsberhad.com)
23. Extra Capital Programme (http://extracapitalprogram.com)
24. Ezey Marketing
25. E-Qirad Sdn Bhd
26. FA Markets
27. FE Brands (M) S/B
28. Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp
29. FNZ Capital Limited (www.intelfx.com)
30. Future Trade Indojaya Sdn Bhd (http://ftindojaya.blogspot.com) (www.ftindojaya.com)
31. Gain FX Capital S/B (www.gainfxcapital.org)
32. Gan Patt Services A
33. GGF Golden House Sdn Bhd
34. Global Creation Trading
35. Global Peace Loving Family (www.globalpeacelf.com)
36. Global Venture Financing (http://globalventurefinancing.com)
37. Gorgeous Chain Sdn. Bhd.
38. Great Access Sdn. Bhd.
39. Green Buck Resources Sdn Bhd
40. Greenmillion Agrosolution Enterprise (http://greenmillionagrisolution.blogspot.com)
41. Harvest Reliance Consultancy Sdn Bhd
42. Hexa Commerce Sdn Bhd
43. Honest Group Ltd
44. Iconhill Holding Sdn Bhd
45. IGC Diamond
46. Instaforex
47. Isothree Gold Sdn. Bhd.
48. Jalatama Management Sdn Bhd (www.jalatama.com)
49. Jazlaan Enterprise
50. JM Communications & Technology Sdn Bhd
51. JMI Global Aktiviti
52. JTGold
53. Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (http://yds2u.com)
54 .Kris Plus Enterprise
55. Lestari2U (www.lestari2u.com)
56. Liberty Reserve (www.libertyreserve.com)
57. Life Time Holidays Sdn. Bhd.
58 .LocalAdClick (http://localadclick.net)
59. LS Gold Bullion Sdn Bhd
60. Mari Wholesale (M) S/B
61. Mega Dynasty S/B
62. Megaherbs Bioextreme
63 .Nexgain Malaysia Sdn Bhd
64. OLTA Capital Management Inc.
65. One AutoCash (www.clubautocash.com) (www.1autocash.com)
66. Pancar Mayang Sdn. Bhd.
67. Pars Pay Sdn. Bhd
68. Preferred Credentials Sdn Bhd
69. Premier Ventures Gold
70. Prestige Dairy Farm (M) Berhad
71. Program 10 Bulan Forex Trading
72. Program I-Rich
73. Projek Duit 2012
74 .Provisio Multimedia
75. Real Ingenious S/B (www.worldfocus.com)
76. RGCX Trading Corp (http://www.goldrgcx.com/richman8) (www.rapidgcx.com)
77. RMMUDAH.COM
78. Rowther Technologies MSC Sdn Bhd
79. Royal Gold Sdn Bhd (http://royalgolds.com)
80. Royale Team Groups (www.royaleteaminfo.blogspot.com)
81 .RS Capital Holdings Bhd
82. Sera Land Management & Enterprise
83. SGFM Trading Sdn Bhd
84. Slimberry Extreme Team (http://zatslimberry.blogspot.com) (slimberryxtreme.com)
85. Speedline (www.speedline-inc.com)
86. Sri Perkasa Emas Trading
87. Suliz Pearl Mines
88. Swiss Capital Venture
89. Syarikat GECS Ltd
90. Syarikat Sri Alam
91. Tabung Dana Ehsan
92. The Gold Guarantee
93. Titan Group Sdn. Bhd
94. TukarGold.net (www.tukargold.net)
95. Ultimate Power Profits (www.ultimatepowerprofits.yolasite.com)
96. Urustabil Sdn Bhd
97. VC Gold Sdn. Bhd.
98. Virgin Gold Mining Corporation (www.vgmc.com)
99. WSL Merchants Pte Ltd (www.worldshopperslink.com) (www.click4dollar.com)
100. XOC7
101. YDS Corporate Line Sdn Bhd (http://yds2u.com)
102. YDS Holding Groups Bhd (http://yds2u.com)
103. Zeta Capital Management
Ini adalah antara senarai syarikat yang meragukan dan menganjurkan skim yang tidak sah. Jika tidak berpuas hati, boleh rujuk pihak Bank Negara Malaysia. Senarai ini adalah senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Selain itu terdapat juga skim VGMC, Speedline, Megaextreme  dan banyak lagi. Elakkan daripadanya. Ada banyak cara lain untuk anda menambah pendapatan. Jangat tertipu dengan skim-skim yang meragukan. 

MUHASABBAH DIRI UNTUK BERJAYA

Kadang-kadang kita kena tanya diri sendiri mengapa kena buat bisnes usahawan PJU ini dan terdapat banyak sebab antaranya untuk bebaskan diri dari hutang dan inginkan keselesaan hidup. PJU menyediakan platform kewangan untuk mereka yang ingin mencari extra income atau pendapatan kedua dengan modal RM100 sekali seumur hidup. Tindakan seterusnya memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Ramai juga yang teruja dengan tawaran usahawan PJU ini dan kalau boleh join hari ini esok terus dapat food truck atau bantuan kewangan. Beginilah level pemikiran usahawan kita mereka inginkan segala bantuan dengan mudah dan saya percaya dengan mudah juga bantuan yang diberikan akan pergi. Syarat yang mesti dipenuhi itu sangat mudah dan jika kita ikhlas utk kongsi peluang ini dengan orang lain saya percaya orang lain juga boleh menerimanya. Ini kerana tidak ada lagi program yang sehebat ini untuk bantu usahawan melayu Islam dalam mendapatkan pembiayaan modal perniagaan. Ramai juga mereka yang mendengar dan balik kosong..alangkah ruginya kerana mereka ini tidak faham konsep dan falsafah perjuangan usahawan PJU. Mereka ini akan datang balik atau join balik dalam bisnes ini apabila ada peserta kita sudah food truck atau duit RM85K dan tidak perlu bayar balik.Kita perlu juga muhasabbah diri bahawa konsep usahawan PJU ini adalah tidak penting diri sendiri tetapi ingin berjaya bersama-sama dan apa yang lebih penting ialah untuk mengumpul ahli seramai mungkin bagi membentuk jaringan pasaran secara meluas. Buatlah program usahawan PJU ini demi kelurga dan ukhwah sesama bangsa kita kerana dalam kitaran ekonomi negara bangsa kita jauh ketinggalan.


UNTUK BERJAYA PERLU BERANI & SEDIKIT PENGORBANAN

Dalam program usahawan PJU untuk fasa 2 (megausahawan) akan ditolak secara automatik daripada pendapatan di usahawankereta.com sebanyak RM100 setiap bulan bagi menagktifkan pelan pendapatan bulanan di megausahawan. Peserta akan diberikan beras, kicap, tepung gandum, minyak masak dan dicampur dengan produk kesihatan dimana ia berjumlah RM100.Dalam program megausahawan ini bagi peserta yang mempunyai insentif di usahawankereta.com memang tidak menjadi masalah tetapi bagi yang tidak ada insentif mereka juga boleh membuat pembelian RM100 dengan duit sendiri. Ada kempen promosi untuk mereka jika berterusan membeli selama 3 bulan berturut2. Di megausahawan pembahagian insentif hanya layak kepada yang membuat pembelian RM100 sahaja walaupun mungkin beberapa orang lihat ada insentif tetapi tiada pembelian maka syarikat tidak bayar kepada mereka.Contohnya seperti berikut :

Anda

Sharifah (L1 8%)   memnuat pembelian RM100

Amin      (L2 6%)

Kamarulzaman  (L3 5%) membuat pembelian RM100

Aminah   (L4 4%)  membuat pembelian RM100

Hamid     (L5  2%)

Shamsul   (L6  2%)  Membuat pembelian RM100

Pak Abu   (L7  2%)

Azian       (L8  2%) membuat pembelian RM100

Rasimah   (L9  2%) Membuat pembelian RM100


Anda akan dapat insentif daripada L1, L3, L4, L6, L8 dan L9.

RM8 + RM5 + RM4 + RM2 (3)  jumlah anda dapat insentif ialah RM23.00 Anda layak dapat jika anda membuat pembelian RM100.

Dalam system 'Anda' memang ada insentif yang menunjukkan bahawa Anda akan dapat insentif RM23.00 tetapi jika Anda tidak membuat pembelian maka insentif tidak akan dibayar.

Kesimpulannnya 'ANDA' tetap ada jumlah insentif walaupun tidak membuat pembelian RM100 tetapi insentif tersebut tidak akan dibayar.

Itulah keistimewaan pelan B ( megausahawan). Closing adalah pada setiap 30 atau 31 setiap bulan, Tamat tempoh itu tidak akan dilayan.

Friday 8 July 2016

BOLEH TAK KITA SETKAN GANDAAN 10 UNTUK IMPIAN SEMUA USAHAWAN PJU ?

Saya sebagai pengasas program usahawan PJU ini akan sedaya upaya utuk melihat lebih ramai usahawan yang menyertai program ini berjaya memperolehi food truck dalam masa yang singkat. Saya juga ingin melihat lebih ramai yang mendapat bantuan sara hidup mingguan diantara RM300 hingga RM500 seminggu. kempen dan galakkan akan dilakukan supaya mpian ini menjadi kenyataan. Disini saya cadangkan kempen gandaan 10 dan benefit yang ahli dapat :

Jika peserta dapat memperkenalkan 10 orang dalam masa 2 bulan , benefit2 berikut ditawarkan :

1. Cabutan bonanza KERETA PROTON SAGA
2. Lawatan sambil belajar ke LANGKAWI.
3. Sehelai baju t'shit Usahawan PJU
4. P.A Insuran RM30,000 setahun (termasuk khairat kematian dan bayaran masuk hospital)
5. Sijil simpanan premium BSN RM50

Bagi peserta yang  membuat pembelian secara sukarela di bahagian megausahawan kerana pendapatan di bahagian usahawankereta tidak boleh ditolak RM100 mungkin belum mencukupi maka jika dapat melakukan pembelian RM100 x 4 bulan maka syarikat akan beri manfaat berikut:

1. Cabutan bonanza kereta Proton Saga
2.Sehelai baju t'shirt Usahawan PJU
3. P.A Insuran RM30,000
4. Sijil simpanan premum BSN RM50

Syarikat akan cetak borang khas bagi tujuan proses gandaan 10 ini. Boleh buat jika kita mahu kerana hasilnya sangat lumayan.....


HENDAK SERIBU DAYA & TAK NAK SERIBU ALASAN

Apabila saya kemukakan cadangan proses gandaan 10 ada yang teruja dan tidak kurangnya yang mendakwa mustahil dan yang paling sedih berkata pasti gagal. Kita sebenarnya telah kalah sebelum berjuang. Saya selalu beritahu tiada jalan pintas untuk berjaya dan kejayaan perlukan pengorbanan. Rumah teres dua tingkatyang berkeluasan 20x 65 pun berharga RM500K keatas. Rata-rata orang melayu yang menmpunyai pendapatan RM3K kebawah belum mampu beli di kuala Lumpur kecuali berharap rumah mampu milik yang dibuat oleh kerajaan. Persoalannya macam mana nak dapat duit sebanyak RM500K ini? Kalau kita berkerja siang malam belum tentu dapat kecuali dengan menyertai program usahawan PJU ini. Proses gandaan 10 ini bukan impian kosong tetapi kenyataan kerana ia berpandukan kepada angka. Apakah susah untuk dapatkan 10 orang untuk tarik menyertai program ini dengan modal RM100 sekali seumur hidup?. Apakah impian kawan2 kita tidak sama dengan impian kita? Apakah kawan-kawan kita sudah tidak mahu pada duit? Jika kita jumpa orang kaya yang mempunyai pendapatan RM50K sebulan mereka juga hendak menyertai program ini tetapi akan join yang bayar RM1200 dan tak payah buat kerja. Ingat kita ada mulut dan mulut itu adalah pasaraya buat kita. Buka mulut dapat duit dan tutup mulut x masuk duit. Jika kita hendak buatlah seribu daya dan usahalah sebanyak mungkin supaya impian kita tercapai tetapi jika sudah set minda kita dengan perkataan 'tak boleh' maka sudah tentu kita akan beri seribu alasan untuk gagal. Justeru itu proses gandaan 10 bukanlah mustahil tetapi sati gerak kerja untuk mencapai impian dalam program usahawan PJU. Ayuh...kita buktikan bahawa proses gandaan 10 adalah satu realiti yang pasti dapat di capai,,dan jika anda berjaya sudah pasti saya juga gembira kerana program usahawan PJU dapat mengubah kehidupan anda.

BERAPA PENDAPATAN JIKA BERLAKUNYA GANDAAN 10 DI MEGAUSAHAWAN?

Jika anda berjaya membina proses gandaan 10 di megausahawan berapa agaknya income anda dalam masa 6 bulan? Maksudnya setiap ahli usahawan PJU mestilah perkenalkan 10 orang dalam masa 1 bulan. Modal hanya RM100 sahaja sekali seumur hidup.

ANDA
10 org x RM100 x 8%                              RM80
10 x 10 org x RM100  x 6%                      RM600
10x10x10 org x RM100 x 5%                   RM5K
10x10x10x10 org x RM100 x 4%             RM40K
10x10x10x10x10 org x RM100 x 2%       RM200K
10x10x10x10x10x10 org xRM100 x2%   RM2 juta

Ini bermakna jika berlakunya gandaan 10 dalam masa 6 bulan anda punya potensi pendapatan RM2,5 juta dengan hanya modal RM100 x 6 bulan (RM600). Anda hanya keluar modal RM100 x 3 bulan kerana bulan ke empat sudah berlakunya automaintain.  ADA BERANI ?

PENDAPATAN DIKIRA SETIAP HARI TETAPI DIBAYAR PADA ISNIN ATAU SELASA SETIAP MINGGU

Ada peserta tanya saya, insentif dia bila akan dibayar? Saya lihat system income baru ada RM135.00. Syarat pertama untuk bayar insentif untuk pertama kali ialah RM160 keatas kerana RM60 untuk bayar hutang dan RM100 untuk ditolak ke megausahawan (Fasal B). Pendapatan kedua hanya perlu RM100 keatas sahaja. Pendapatan harian dikira apabila berlakunya kemasukkan orang baru dibawah rangkaian kita. Maksimun pendapatan ialah RM300 sehari atau RM9000 sebulan. Ada juga seorang leader (dia dakwa dia leader MLM) beritahu saya pendapatan RM9000 sebulan itu adalah sikit. Dalam bisnes ini RM9000 sebulan adalah maksimun untuk satu akaun tetapi setiap usahawan boleh buka sehingga 7 akaun atas ID yang berbeza maka RM9000 x 7 akaun = RM63K dan dicampur dengan lain-lain bonus maka pendapatan tersebut boleh mencapai sehingga RM75K sebulan. Saya yakin pendapatan di fasal B juga besar dan jika di fasal A sudah dapat RM75K dan tidak mustahil di fasal B seseorang itu akan dapat RM40K sebulan. Jika dicampur fasal A dan fasal B maka pendapatan seseorang itu boleh mencecah RM115K sebulan atau setahun RM1,38 juta. Tetapi pendapatan bahagian fasal B dalam system gandaan 7 dalam bulan ke 6 sudah perolehi pendapatan RM250K sebulan dan jika ini diambil kira tidak mustahil pendapatan anda boleh mencecah RM2,8 juta setahun. Adakah pendapatan sebegini di kira masih sedikit? Adakah anda kena bekerja sepanjang masa ? rasanya tidak kerana prinsip bisnes ini ialah network akan bekerja untuk kita semua. kalau masih ada yang punyai pendapat bahawa dalam PJU insentif masih kecil saya beranggapan orang itu tidak sedar diri dan tidak tahu baca plan. Dalam program PJU ini anda buatlah bersunguh2 kerana satu masa anda bakal menikmati kebebasan masa. PJU bukan MLM sebab itulah modal adalah RM100 seumur hidup. Apa yang penting ialah anda buat dan rajin hadir kursus yang dianjurkan oleh PPUG kerana disitu ia bukan sahaja memberi tunjuk ajar tentang bagaimana nak buat bisnes di PJU tetapi juga menyuntik semangat untuk kita berusaha lebih kuat. Percayalah PJU adalah yang terbaik dan lupakan yang lain.

Thursday 7 July 2016

CERITA BANGSA KITA DALAM PERNIAGAAN

Saya hampir ketawa apabila seorang peniaga Melayu di pekan berhampiran tempat tinggal penulis mengeluarkan mesin kira untuk mengira harga dua biji buah epal dan tiga biji oren yang dibeli oleh seorang pelanggan. Mengikut tanda harga yang tertera, sebiji epal berharga 80 sen dan begitu juga dengan harga bagi sebiji oren.
Pelanggan itu juga tersenyum kerana dia terlebih dahulu menghulurkan wang sebanyak RM4 kepada peniaga berkenaan dan diletakkannya di atas meja kaunter.
Dalam satu kes di kedai runcit orang Melayu, peniaganya menyediakan dua buah kerusi di depan kedainya. Maka apabila ada rakan yang datang, maka melepaklah rakan-rakannya di depan kedai sehingga naik segan orang lain hendak singgah membeli di kedainya. Jika orang perempuan, lebih segan jadinya.
Dalam satu kes pula, salah seorang peniaga Melayu yang berniaga kedai runcit yang kebetulan diapit oleh dua buah kedai runcit orang Cina, terpaksa menutup perniagaan kerana tidak tahan dengan saingan harga. Kedua-dua kedai orang Cina itu masih menjalankan perniagaan dan tempat peniaga Melayu tadi juga diambil alih oleh seorang peniaga lain, berbangsa Cina juga.
Sejarah perniagaan orang Melayu bukanlah baharu kerana sejak zaman dahulu lagi orang Melayu dikatakan pandai berniaga.
Dalam hikayat-hikayat lama, orang Melayu sudah menjalankan aktiviti perdagangan yang bukan sahaja membabitkan barang-barang seperti rempah cabai tetapi menjangkau bidang niaga yang lebih besar.
Hanya lama-kelamaan orang Melayu beralih kepada bidang pertanian dan perikanan kerana bidang niaga mula dikuasai oleh orang asing yang dikatakan lebih pandai berniaga, bersistematik, ada ilmu niaga, ada kesatuan, berani menempuh cabaran dan sebagainya.
Zaman selepas merdeka, menurut kata bapa penulis, orang Cina masih menjalankan perniagaan runcit di kampung-kampung Melayu kerana tiada orang Melayu yang berniaga.
Kemudian apabila orang Melayu sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan, orang Cina berpindah ke pekan-pekan dan terus menjalankan perniagaan mereka di sana, jauh lebih besar daripada apa yang diniagakan di kampung.
Sejak dahulu lagi, orang Melayu di kampung-kampung yang ada kenderaan atau mudah bergerak ke pekan atau ke bandar akan terus membeli dengan orang Cina kerana kedai-kedai runcit orang Melayu di kampung menawarkan harga yang mahal, maksudnya jika beli sepuluh barang di kedai Cina, sekurang-kurang untung RM3 atau lebih.
Itu zaman dahulu di mana nilai RM3 besar yang hampir sama dengan RM30 zaman sekarang. Sampai zaman sekarang pun, masih ramai peniaga Melayu yang terpaksa menjual lebih mahal kerana dakwa mereka mendapat untung yang tidak begitu banyak kerana barang-barang yang disumbat di dalam kedai mereka dibekalkan oleh peniaga Cina di pekan atau di bandar.
Boleh dikatakan masih ada kedai-kedai runcit Melayu di kampung sekarang cuba bertahan kerana mereka ada pelanggan tetap memandangkan pemilik kedainya membenarkan pelanggannya berhutang.
Walaupun pekedai terpaksa menanggung risiko, tetapi itulah sahaja sebahagian kaedah untuk meneruskan aktiviti niaga daripada membiarkan perniagaan terus berkubur.
Dalam ceramah-ceramah berkaitan bidang perniagaan orang Melayu, ramai yang menjadikan ketam sebagai simbol kepada kaedah dan 'penyakit' orang berniaga.
Ketam, jika diletakkan beberapa ekor di dalam sebuah baldi, berebut-rebut hendak panjat ke atas.
Bagi orang Cina, jika salah seekornya berjaya naik, ketam itu digambarkan gembira, panggil kawan-kawan di bawah, suruh naik kerana pemandangan di atasnya menarik. Bagi Melayu, seekor sudah hampir berjaya memanjat, yang di bawahnya menarik, sehingga kesemuanya tidak pernah berjaya naik. Jika ada pun yang berjaya naik, tidak dipandangnya lagi ke bawah, dan tidak diambil tahu apa yang terjadi kepada rakan-rakan di bawah.
'Penyakit' dan kelemahan-kelemahan cara niaga orang Melayu perlu diperbaiki jika orang Melayu mahu menjadikan bidang niaga sebagai satu bidang yang boleh memberi pulangan yang lumayan, sebagai satu pekerjaan dan boleh diwarisi oleh anak-anak cucu mereka.
Mereka perlu melihat dan belajar daripada bangsa yang pandai berniaga, bagaimana kaedah mereka berniaga dan bagaimana cara mereka mengendalikan perniagaan sejak sekian lama kemudian berjaya pula diwarisi oleh anak-anak cucu mereka.
Apa yang pernah penulis lihat, seorang peniaga Cina membiarkan anaknya membuat kerja-kerja sekolah di dalam kedai, iaitu di celah-celah lorong kedai runcitnya.
Pada mulanya penulis agak hairan kerana pergerakan pelanggan di dalam kedai itu terganggu sedikit. Tetapi lama-kelamaan penulis dapat memahami bahawa itulah cara mereka mendidik anak-anak supaya menjadi peniaga seperti mereka. Penulis sempat menjengah kerja yang dilakukan oleh anak peniaga itu. Rupa-rupanya Matematik!

RENUNG KELEMAHAN KITA


Saya tak tahu anda perasan atau tak kita semakin mengundur ke belakang, kaum lain sedang mengatasi kita dari politik atasan sehinggalah kekeluargaan kita sendiri. Tak takut kah jika bumi kita tergadai. Saya merayu kepada semua yang baca, lakukan lah sesuatu demi masa depan�jika anda rasa susah, sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk zuriat anda. Anak kita tak perlu mewarisi kealpaan kita. Kita boleh ubah jika kita mahu.

1. MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI 
- Tanpa kita sedari kita sering kali memandang rendah akan keupayaan bangsa sendiri.bilamana seorang melayu menjalankan perniagaan atau membuat sesuatu selalunya kita tak ambil pusing dan sering kali berkata ..'ALAH TAK KEMANA PUN TU '. 

Jika sikap inilah yang kita terus amalkan memang tak kemana pun kita. Sepatutnya lah kita membantu dan memberi sokongan kepada bangsa sendiri . Cuba kita bandingkan bangsa lain..cina umpamanya yang memang berjaya mendominsi ekonomi negara kita, pernah kita lihat orang cina memperlekehkan kaumnya adakah sering kita lihat perniagaan kaum cina gagal..sudah tentu tidak..kerana mereka bersikap membantu sesama mereka.. Lihat sajalah kaum cina dengan pendidikan rendah pun pun mereka boleh menjadi tauke..kenapa tidak kita Kekadang kita lihat kaum cina menjalankan perniagaan yang kita sendiri merasa pelik dan tak yakin akan berjaya ..tapi tengok akhirnya mereka berjaya..sebagai contoh perniagaan pakaian anak patung.. perniagaan sewaan kostum kanak-kanak. 

2. LEBIH PERCAYA PADA BANGSA LAIN 
- Orang melayu kebanyakan lebih suka berurusan dengan bangsa lain dari bangsa sendiri . Yang paling menyedihkan walau sebaik mana pun projek atau perniagaan yang orang melayu lakukan , memang sukar mendapat sambutan bangsa sendiri ..alasannya melayu ni memang susah nak berjaya. Kalau begini sikap kita terhadap bangsa sendiri sampai bila pun kita tak akan mampu menguasai ekonomi negara kita .Sekarang ini orang melayu hanya menjana kurang dari 15% dalam ekonomi negara. Sedihkan memang menyedihkan. Tapi itulah satu hakikat pahit yang terpaksa kita akui.yang peliknya orang melayu mudah mempercayai sesuatu perkara atau perniagaan dari bangsa lain tanpa menyelidiki dan mempersoalkan kesahihan serta keuntungan yang akan kita perolehi itu benar atau tidak, tetapi cubalah kalau produk atau perniagaan dari orang melayu..sehari semalam tak akan cukup diperlukan untuk orang melayu mempertikaikan dan memperlekehkan kaumnya itu sendiri. Kadangkala idea yang diperkenalkan oleh bangsa asing itu sama dengan idea si polan berbangsa melayu ni tapi malangnya dia tak dapat sambutan bangsa sendiri. 

3. SIKAP BERTANGGUH 
- Orang kita ni sejak berzaman memang suka bertangguh..sikap takpe lah..biarlah..pergi dulu lah ..akhirnya bila keadaan dah betul-betul terdesak barulah tergesa-gesa nak bermula . contohnya perniagaan yang berasakan network . Kajian mendapati 20 tahun dari sekarang 70 peratus perniagaan nanti akan berteraskan dan berdasarkan netwok. . Ada beberapa syarikat netwok melayu ditubuhkan tapi akhirnya tersungkur kerana tiada sokongan dari bangsa sendiri.mereka lebih suka menyertai dan mengkayakan bangsa lain betapa kita telah dibutakan dengan kesenangan yang tak seberapa oleh bangsa asing ..sedangkan mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Sedih..dan pilu bangsa melayu membunuh ekonomi bangsa sendiri. Banyak sangat soalan yang ditanya sehingga dia sendiri jadi pening.

4. DENGKI 
- Orang melayu sering tak lari dari sifat dengki dan irihati. Bila kawanya berniaga dia berniaga..kawan jual tom yam dia jual tom yam akhirnya keduanya berkubur.kenapakah kita tak cuba mencari kelainan dalam bidang perniagaan..lebih bersifat nak menjatuhkan kawan dari sama-sama berjaya. .Saya merayu dan menyeru lenyapkanlah sifat2 ini demi kejayan bangsa kita orang melayu. 

5. HANYA PANDAI MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBANTU 
- Kalau bab mengkritik memanglah orang kita juara ada saja yang tak kena dimata nya. Contoh..kereta nasional masa menggunakan kereta proton tak pernah pun kutuk ..tapi bila dah kaya sikit pakai kereta import , berguni dia kutuk kereta sendiri... beginikah bangsa melayu yang kononya patriotic dan cintakan nusa bangsa.. macamana kereta nasional nak bertambah maju dari segi kualiti dan pembangunanya kalau tiada sokongan bangsa sendiri..cuba kita tengok orang jepun dan korea ada mereka pernah mengkritik kereta , barangan buatan negara mereka. Memanglah dari segi dasar kita masih muda banyak perlu di perbaiki. Begitu juga dalam segi ekonomi dan perniagaan ..asal perniagaan tu milik orang melayu pasti teruk dikritik..tapi bila dah betul-betul berjaya dipuji pula..pelik tapi benar tu lah bangsa kita. Kenapa tidak kita mengambil iktibar dari dasar pandang ketimur yang telah lama diamalkan..contohi masyarakat jepun dan korea..banggakan dan menyokong penuh perniagaan dan produk sendiri. 

6. TIADA SOKONGAN BANGSA SENDIRI. 
- Orang kita memang hebat..tahukah kita kita mampu menaikkan dan menjatuhakan sesuatu perniagaan. Bila sebut sebab cintakan NUSA BANGSA..PATRIOTIK ..waaaah dengan gahnya melayu berkata akulah penegak kedaulatan bangsa dan negara. Tapi cuba kita fikirkan balik untuk apa..kita pertahankan negara demi kemakmuran bangsa lain..dari segi ekonomi ..kenapa tidak jua kita bangkitkan kesedaran PATRIOTIK ekonomi sama sebagaimana kita perjuangkan kedaulatan tanah air.. Jadi kenapa kita masih teragak-agak membantu anak bangsa sendiri dalam perniagaan atau apa jua bentuk program pembangunan yang mana akan sama kita kecapi kemakmurannya. 

Dewasa ini kita banyak disogokkan dengan budaya barat yang memperjuangkan ekonomi kapatalis yang mementingkan keuntungan semata-mata.. Kita layu di buai angan kekayaan yang bakal dikecapai dari kemenangan MAGNUM 3D dan 4D. lottery skim cepat kaya..cabutan bertuah, SMS peraduan dan sebagainya.. pelik tapi tulah hakikat orang kita masih lagi khayal..hanyut dalam angan dan buaian kesenangan yang belum pasti milik kita. 

Ini sekadar menggambarkan secara ringkas kelemahan kita sendiri dalam ekonomi di negara kita yang makmur. Saya merasa terpanggil untuk menerangkan hal ini memandangkan banyak orang kita membazirkan wang kepada benda-benda yang tak berfaedah dan belum tentu ada hasilnya.Kenapa tidak kita membantu saudara kita yang lain yang mungkin memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya. 

Akhir kata cuba renungkan dan fikir-fikirkan seketika dimana kita .Kawan ketawa ramai ..kawan menangis memang susah nak cari. Bila susah sendiri tanggung. Bank tetap kejar penghutang. Kereta tak bayar tetap kena tarik. 
Program PJU ini bukanlah program skim cepat kaya atau MLM tetapi satu program memperkasa poket usahawan bumiputera. Tiada unsur paksaan, penipuan atau belian barangan, hanya satu program membantu usahawan dalam aspek modal dan barangan. Satu lagi nasihat saya janganlah bergantung pada hanya satu sumber pendapatan. Jikalau anda berkerja kerajaan cuba-cubalah cari sumber pendapatn lain. Negara kita kaya dan makmur kenapa kita biarkan hanya bangsa lain saja yang nikmatinya. MELAYU BOLEH MALAYSIA BOLEH. Kita ada semua kebolehan gunakan.Pelajar terbaik adalah melayu.. Pencetus pengunaan teknologi Nano dalam perindustrian ..pelajar melayu. Gabenor bank terbaik dunia,orang melayu.. tiada sebab orang melayu tak boleh maju.. kaji diri dan baiki kelemahan ambil segala peluang yang ada serta bersatu pasti kita MAJU. Pastikan orang melayu kembali menerajui negara dalam apa segi sekalipun ekonomi politik dan social. 

PJU adalah landasan sesuai utuk usahawan melayu kerana ia menyediakan insentif setiap minggu dan setiap bulan. Usahawan boleh menjadikan PJU tempat menjana kekayaan dan membina semula perniagaan.PJU akan membuka ruang dan memasarkan produk usahawan di seluruh negara.

AKUILAH KELEMAHAN USAHAWAN MELAYU DAN BAIKI SEKARANG


Orang Melayu di Malaysia ramai yang tidak bertahan lama apabila berniaga kerana kita rendah tahap 'survival' nya. Kalau ada rancangan macam 'Survivor' untuk bisnes, memang orang Melayu ramai akan terkeluar dahulu. Sebab ramai antara kita yang sudah terlalu selesa dengan segala 'tongkat' yang diberikan sehingga kita lupa realiti dunia perniagaan yang sebenar. Kita terlalu selesa di bumi sendiri.
Kita lupa bahawa dunia perniagaan ini penuh dengan cabaran, bukan hanya nampak habuan duit sahaja. Kita perlu jatuh dan bangun berkali-kali barulah dapat hidup senang. Kalau kita tak sanggup jatuh, jangan masuk ke dunia ini. Siapa yang mampu survive sahaja yang akan berjaya dalam dunia perniagaan.Hendak berniaga, kita ambil loan daripada TEKUN dan MARA. Kita buat main-main sebab kita fikir kalau bisnes tak jalan, kita boleh lepas begitu sahaja, loan tak payah bayar. Bila ada mentaliti macam ini, memang akhirnya bisnes akan lingkup, sebab fikiran kita adalah doa yang akhirnya jadi kenyataan. Sebab itu hutang TEKUN yang berbentuk NPL hampir RM320 juta. Bila kita buka kedai, kita buka suka hati ikut masa kita. Ikut suka hati nak cuti bila. Sampai orang menyampah nak pergi kedai kita sebab bila pergi, tutup, bila pergi je tutup. Bila raya kita, kita cuti. Bila raya Cina pun, kita cuti. Bila Deepavali pun kita cuti. Bila Thaipusam pun kita cuti. Semua raya kita sapu. Orang Cina buat bisnes cuti sekali setahun je, masa raya Cina. Sebab tu bisnes mereka maju, orang percaya.
Bila bisnes gagal, kita salahkan kerajaan kerana tidak membantu usahawan. Padahal bersepah-sepah program dan bantuan untuk usahawan Melayu termasuk program PJU. Orang Cina rileks sahaja berjaya tanpa bantuan kerajaan. Kita juga salahkan mentor dan cikgu kita. Kata kita, apa yang diajar salah. Kita juga salahkan bank kerana tak bagi pinjaman. Pendek kata, yang salah semuanya adalah orang lain. Kita sahaja yang betul. Kita rasa kita gagal sebab orang lain semua berpakat nak sabotaj kita. Untuk Melayu berjaya dalam bisnes, kita kena ubah diri dan mentaliti kita dahulu. Kita mesti ada daya tahan yang lebih tinggi dan tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada. Selagi kita tak ubah, bagilah sebanyak mana bantuan pun, kita akan masih di takuk lama. Oleh itu sahutlah cabaran henat dalam program PJU, anda pasti boleh berjaya.