Friday 1 July 2016

ISYAALLAH LEPAS RAYA DIWUJUDKAN KOPERASI PJU

Peranan koperasi adalah penting sebagai mekanisma utama dalam menyatukan ahli serta mengangkat martabat bangsa. Koperasi juga menjadi medium untuk ahli terlibat sama dalam membangunkan sebuah organisasi yang berwibawa. Justeru itu cita-cita untuk mewujudkan PJU MART adalah merupakan hasil usaha sama koperasi yang bakal di wujudkan. Mungkin akan diadakan share partner antara koperasi dan PJU MART ini nanti. Saya jangkakan bilangan ahli PJU yang semakin meningkat ini adalah merupakan landasan kearah mewujudkan koperasi. Peserta PJU boleh membeli saham koperasi dan koperasi adalah projek usaha sama PJU MART maka ini secara tidak langsung kita semua mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan program usahawan PJU sebagai mercu tanda kebanggaan orang melayu. Apabila koperasi diwujudkan nanti adalah diharapkan semua usahawan PJU akan menjadi ahli koperasi dan kita hendaklah sama-sama menyokong penubuhan koperasi ini nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.