Sunday 3 July 2016

PJU BERHASRAT UNTUK LAHIRKAN BERMIKIRAN USAHAWAN DIKALANGAN PESERTA

Bukan senang untuk melahirkan pemikiran usahawan di kalangan peserta PJU bumiputera kerana kebanyakkan mereka ini sangat takut untuk jadi jutawan. Oleh sebab itu apabila tengok syarat wajib yang perlu mereka lakukan bagi memenuhi syarat untuk terima bantuan mereka sudah beritahu 'susah', 'mana ada orang' dan macam-macam alasan dan bermikiran mereka telah blok untuk bertindak lebih jauh daripada itu. Alasan-alasan ini sebenarnya membawa diri seseorang itu ke arah tidak bermotivasi, malas berusaha dan mengharapkan bantuan orang lain. Bermikiran negatif telah menguasai dirinya dan akhirnya peserta ini lemah semangat yang membawa kepada tiada daya usaha untuk berjaya.Hakikatnya, usahawan PJU mestilah kuat semangat dan sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Percayalah tiada jalan pintas untuk berjaya tetapi ada cara untuk berjaya dengan lebih pantas daripada cara lama.Pemikiran positif terhadap usahawan haruslah dipupuk dan dibajai dan ianya haruslah bermula daripada diri anda sendiri.Anda mesti yakin program usahawan PJU ini adalah yang terbaik untuk dilakukan. Kerja anda ialah buat sebaik mungkin dan bersungguh2 supaya dapat hasil dalam masa yang singkat. Justeru itu jika peserta ingin timba motivasi usaawan sertailah program usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Usahawan Global kerana ia akan mengajar anda semua perkara yang anda perlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.