Wednesday 17 August 2016

PROGRAM PJU INI MLM KE ?

Apabila Puan Sharifah menceritakan tentang program ini melalui whasap maka ramai yang positif dan ramai juga yang negatif. Ada left group secara terhormat dan ada yang left secara tidak bertamaddun. Apapun itulah perangai manusia kalau tidak suka tak mengapa sebab tiada paksaan. Seeloknya beritahu puan Sharifah nak left. Reason utama mengapa left ialah program PJU ini telah ditafsirkan sebagai MLM. Saya tidak pasti yang berkata begitu faham atau tidak erti MLM ataupun buat keputusan secara jahil. Dalam program PJU ini modal adalah sekali seumur hidup dan konsepnya anda perlu membeli barangan RM100 untuk menjadi ahli PJU. Tindakan kedua ialah apa yang kita hendaki iaitu food truck, lori pasar malam atau kiosk. Kerja anda ialah mengajak rakan-rakan untuk join program ini dan jika mahu food truck percuma mesti memperkenalkan 6 orang tanpa had masa. Apa yang bagusnya setiap orang yang anda perkenalkan itu untuk join program ini  akan dibayar upah.Pembayaran upah ini menampakkkan macam sistem MLM tetapi harus faham sebab mengapa anda perkenalkan orang bukan kerana sistem tetapi untuk memenuhi syarat wajib program ini. Tujuan utama sistem ini adalah untuk membantu peserta dapat duit setiap hari dan dibayar pada setiap minggu. Selain itu sebanyak RM100 pendapatan mingguan akan ditolak untuk mengaktifkan pelan pengguna setia. Pelan pengguna setia ini membolehkan anda mendapat pendapatan setiap bulan. Modal ialah RM100 seumur hidup. Peserta juga akan dapat barangan untuk kegunaan harian yang bernilai RM100. Jika pendapatan anda di bahagian pengguna setian ini mencecah RM4000 keatas makan anda layak memohon untuk mndapatkan food truck atau wang tunai RM85K. kalau MLM anda kena join member dan dapat starkit dan kemudian kena mantain bulanan melalui duit poket. Kemudian kena mengguna produk dan menjual serta hadir mesyuarat mingguan sehingga sampai pukul 12 malam. harap faham dulu apa itu MLM sebelum anda membuat keputusan.

Tuesday 16 August 2016

TSUNAMI PROGRAM BANTUAN USAHAWAN, SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

Beberapa hari ini macam berlaku tsunami terhadap program bantuan usahawan bumiputera 2016 di mana ia telah merebak ke Johor, Melaka dan boleh dikatakan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sambutan luar jangkaan ini telah di duga kerana program bantuan usahawan ini sangat unik ia lebih kearah membantu masyarakat untuk mendapatkan extra income di samping bantuan food truck secara percuma mengikut terma dan syarat. Konsep percuma di sini ialah anda tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membayar sebaliknya syarikat akan tolak insentif yang anda perolehi nanti. Jika berlaku apa-apa terhadap anda maka syarikat tanggung sepenuhnya. Namun apa yang menariknya anda akan dapat insentif setiap bulan dan setiap bulan hanya bermodalkan RM100 sahaja. Program ini kearah membentuk jaringan usahawan serta memperkasakan ukhwah orang melayu kerana saya percaya kalau kita bersatu maka apa jua rintangan boleh kita hadapi secara bersama.

Sunday 14 August 2016

BUKAN TIDAK FAHAM TETAPI ITULAH PERANGAI ORANG MELAYU

Apabila dilancarkan bantuan bumiputera 2016 maka berduyun-duyun mereka yang berminat terutama golongan perniaga datang mendengar taklimat. Saya tidak tahu apa yang terkandung dalam fikiran mereka tetapi ramai yang beranggapan bahawa program ini adalah untuk memberi bantuan percuma kepada orang melayu terutama yang diwar-warkan dalam iklan kecil iaitu bantuan food truck. Ada juga yang datang untuk meminjam RM50K daripada syarikat ini kerana dia gagal mendapat pinjaman daripada lain-lain agensi kerana blaklist. Apabila kehadiran mereka ini tidak bertepatan dengan apa yang mereka fikirkan maka rasa tidak puas hati tersebut telah diluangkan. Itulah perangai segelintir orang melayu yang metalitinya masih di takuk lama. Jika dia datang dengan dada yang terbuka dan hati yang lapang saya yakin dan percaya program PJU ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan modal dengan percuma.Namun oleh kerana kehadirannya itu disertai dengan hati yang tidak bersih maka tiada apa yang dapat dan yang kesiannya ramai yang terikut2 dengan tohmahan orang tersebut. Ikhlas saya katakan saya tidak rugi tapi yang paling rugi adalah dia.....untuk berjaya perlu sabar dan berusaha kerana ini bukan skim cepat kaya.

Monday 1 August 2016

INILAH PERKEMBANGAN NETWORK DALAM PROGRAM PJU

TAKLIMAT USAHAWAN MINGGU INI

TAKLIMAT USAHAWAN

TARIKH : 3HB OGOS 2016 (RABU)
MASA    : 9 MALAM
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI DESA SURADA, SEKSYEN 8
                  BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

TARIKH : 6HB OGOS 2016 (SABTU)
MASA    : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI DESA SURADA, SEKSYEN 8
                  BANDAR BARU BANGI.


TARIKH : 6HB OGOS 2016 (SABTU)
MASA    ; 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN NILAI PERDANA (SEBELAH SURAU)

HARAP DAPAT WAR-WARKAN KEPADA PROSPEK UNTUK HADIR.



MEMBINA NETWORK BOLEH MERAPATKAN SILATURAHIM


Rasulullah SAW mengatakan dalam H.R Bukhari dan Muslim bahawa “Barang siapa yang ingin rezekinya diluaskan dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menghubungkan tali silaturahim.”
Bila diamati dari asal katanya, yakni shilat, yang bererti menyambungkan atau menghimpun, dan ar-rahiim yang bererti kasih sayang, maka silaturahim diertikan sebagai menghubungkan kasih sayang sesama insan. Silaturahim juga bermakna menghubungkan mereka yang sebelumnya terputus hubungan atau interaksi, dan memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kita.
Contohnya adalah ketika salah seorang yang lebih dulu menyapa saudaranya, sementara sebelumnya interaksi di antara keduanya tidak begitu baik, maka dialah yang mendapat pahala lebih besar. Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Saw, bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (HR Bukhari).
Rasulullah SAW memberikan tips kepada kita agar terjalin saling mencintai dengan sesama muslim, melalui:
1. Memberi salam
2. Menghubungkan tali silaturahim
3. Memberi makan kepada yang memerlukan
Oleh kerana itu, menjadi sangat penting bagi kita untuk menyedari bahawa silaturahim tidak hanya bersifat lahiriah, namun harus melibatkan pula aspek hati. Dengan kombinasi amalan lahiriah dan amalan hatinya, kita akan mempunyai kekuatan untuk membina ikatan silaturahim yang lebih baik. Kalau orang lain mengunjungi kita dan kita balas mengunjunginya, ini tidak memerlukan kekuatan mental yang kuat.
Namun, bila ada orang yang tidak pernah bersilaturahim kepada kita, lalu dengan sengaja kita mengunjunginya, maka inilah yang disebut silaturahim. Apalagi bila kita bersilaturahim kepada orang yang membenci kita atau seseorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita mengupayakan diri untuk bertemu dengannya. Inilah silaturahim yang sebenarnya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan HR Bukhari Muslim, "Mahukah aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat? " tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghimpun berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim"
Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik. Semoga kita beroleh syurga Nya dengan membina network sesama kita.

TIPS MEMBINA NETWORK DALAM PROGRAM PJU

Lumrah manusia. anda mempunyai kenalan yang ramai di sekeliling anda. Rapat ataupun tidak, sekurang-kurangnya bila terserempak, jika agak-agak anda boleh cam muka mereka pasti tersenyum dan jika anda memang yang mudah mesra, sapaan ‘Apa Khabar’ akan terpacul dari bibir. Secara tidak langsung, sebenarnya anda telah memulakan satu jalinan ‘network’. Mungkin pada masa itu, hanya sebagai rakan biasa, tiada siapa tahu persahabatan itu mungkin akan memberi faedah dari segi perniagaan anda dan mereka? Terma ‘Networking’ semakin popular. Ramai yang makin sedar kepentingan membina networking. Kerana ia akan membawa kemudahan kepada anda di dalam pengurusan seharian, sama ada anda seorang usahawan mahupun tidak. Orang Melayu suka kata ‘kabel’. Kini lebih canggih. ‘Network’ kedengaran lebih professional. Kedua-dua perkataan menjurus kea ah yang sama iaitu apabila anda dan pihak ke dua mengenali antara satu sama lain, sebenarnya memudahkan pelbagai urusan. Mari kita lihat tips mudah dalam membina ‘Network’
  1. Hadiri Seminar – Luangkan masa untuk menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu, berdasarkan minat anda. Di sana, anda berpeluang untuk mengenali ramai lagi yang mempunyai minda yang sama seperti anda. Ini peluang unutk memulakan network yang baru. Pastikan bawa kad nama dan minta rakan baru memberikan kepada anda perkara yang sama, supaya boleh berhubungan selepas seminar.
  2. Luangkan masa – Anda perlu meluangkan masa, membina hubungan network dengan kenalan lama dan juga baru, dengan menghubungi mereka dari masa ke semasa. Tanyakan khabar atau[pun berjumpa sekali sekala. Tanamkan pada minda, walaupun sesibuk mana anda dengan hal anda sendiri, buat yang terbaik untuk menyelitkan masa anda untuk mengenali network anda dengan lebih rapat. Jika agak sukar unutk bertemu di luar, melalui hubungan online sudah memadai.
  3. Hadiri jemputan – Sekali sekala network anda akan membuat sesuatu majlis. Tidak kira majlis ilmiah mahupun yang bersifat peribadi seperti majlis cukur jambul anak mereka. Hadirkan diri anda walaupun untuk seketika. Mereka akan berterima kasih kerana anda berbuat demikian dan mereka akn merasakan anda amat menghargai mereka. Dengan itu, mereka akn tanamkan perasaan yang sama, jika anda pula menjemput mereka, mereka akan mencuba sedaya upaya memenuhi undangan anda.
  4. Kongsi motivasi – Luangkan masa anda berkongsi tips hebat dan kata-kata perangsang di web atau di facebook, bersama-sama kenalan maya anda. JIka tiap-tiap hari anda berbuat begini, kenalan anda akan mengingati anda sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang luas, serta tidak lokek dalam menyampaikan hal-hal yang bermanfaat kepada semua. Anda akan lebih dikenali dan dihormati. Tanpa anda sedar, nama anda mula meniti dari bibir ke bibir di kenalan network anda dan juga dalam diam anda sebenarnya sedang membina jaringan network yang baru!
  5. Menyokong perniagaan kenalan – Mereka mungkin mempunyai produk atau servis yang tersendiri. Sokong perniagaan mereka ini dengan hati yang ikhlas. Sekiranya produk atau servis mereka kurang bersesuaian dengan niche anda, anda masih boleh tolong mempromosikan untuk mereka. Ini namanya, perhubungan 2 hala. Network anda, akan berbuat yang sama untuk anda juga!
  6. ‘Jual nama’ – Ini bermaksud, anda perlu berusaha untuk menjual nama anda kepada network anda yang baru terutamanya. Jika ada apa-apa yang mereka komen di wall facebook mereka, contohnya, tinggalkan komen selalu. Bukan hanya sekadar ‘like’ status mereka. Buat kenyataan membalas yang membina. Jika tiap-tiap hari anda berbuat begini, nama anda akan mula dikenali oleh mereka berbanding knelan lain yang hanya mendiamkan diri dan lama-kelamaan mungkin akan dilupakan terus.
  7. Kemaskini memori bergambar – Ambil kesempatan mengabadikan memori bersama kenalan baru dan kemas kini di website, facebook ataupun blog anda. Lebih banyak gambar anda kelihatan bersama-sama di pelbagai majlis ilmiah ataupun yang bersifat peribadi, membuktikan persahabatan anda terjalin berdasarkan minat yang sama.

PROGRAM USAHAWAN PJU MENEPATI HUKUM ISLAM

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.